
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jemputan untuk menyertai Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 20 NOVEMBER 2025 yang bertajuk Ancaman Siber dalam Dunia AI. Butiran lanjut adalah seperti dibawah:
Tarikh 20 NOVEMBER 2025
Masa Khamis, 3:00 petang – 4:30 petang
Platform Zoom
ANCAMAN SIBER DALAM DUNIA AI :
Webinar ini memberikan penerangan menyeluruh tentang bagaimana kecerdasan buatan (AI) membuka peluang besar kepada teknologi moden, namun pada masa yang sama membawa risiko keselamatan yang semakin kompleks. Peserta didedahkan kepada realiti bahawa ancaman siber pada era AI bukan lagi sekadar serangan tradisional seperti virus atau penggodaman biasa, tetapi kini melibatkan serangan yang lebih sofistikated, automatik dan sukar dikesan kerana ia digerakkan oleh AI itu sendiri.
📌 Apa yang akan dipelajari?
✅ Saksikan Live ekslusif.
✅ Cara penjahat memanfaatkan kelemahan pengguna di tempat umum.
✅ Tindakan pencegahan yang mampu kita lakukan ketika berada di tempat umum.
📜 Sijil penyertaan disediakan (WAJIB hantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan)
📢 Sasaran: SMEs, Belia,Komuniti Umum,Pelajar
🛡 “Tempat Awam Bukan Tempat Aman – Lindungi data anda”
📩 Maklumat lanjut: Layari NADI terdekat atau emel ke admin@msda.com.my