mcmc
Maklumat Setempat

NADI X E-SPORT: 2D ANIMATION FOR BEGINNERS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa pihak NADI e-Sukan akan meneruskan penganjuran Siri Webinar Bulanan NADI E-Sukan 2025 dengan topik yang terakhir bagi Musim Ke-3/2025 iaitu Kelas 2D Animation for Beginners yang akan disampaikan oleh Encik Faizal Hakimmy, penceramah berpengalaman dalam bidang kreatif, animasi dan pembangunan visual.

Kelas ini bertujuan memberi pendedahan asas mengenai animasi 2D, termasuk prinsip asas animasi, pergerakan watak, aliran visual serta pemahaman awal proses penghasilan animasi sebelum menghasilkan kandungan animasi secara lebih tersusun.
Butiran Kelas
Tarikh: Ahad, 28 Disember 2025
Masa: 9:00 pagi – 1:00 tengah hari
Lokasi: NADI KAMPUNG MARITAM_(Google Meet)
📞Untuk info dan maklumat lanjut, boleh hubungi petugas NADI Kg Maritam
📞: 011-62748773