BELAJAR EMAIL, INTERNET & LAIN-LAIN
|
Nama : Norbejura Binti Jumat Umur : 20 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Adik Norbejura ialah lepasan pelajar tingkatan enam yang bersekolah di SMK Kubong, Limbang. Norbejura berumur 20 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum wujudnya PI1M Kg Meritam, beliau hanya menggunakan perkhidmatan Cyber Cafe di kawasan yang jauh dari rumah beliau iaitu di bandar Limbang. Beliau terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menggunakan internet bagi menyiapkan segala tugasan sekolah. Pelbagai kos yang perlu beliau tanggung seperti perjalanan ke Bandar yang mengambil jarak perjalanan kira-kira 45km.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah PI1M Kg Meritam wujud pada awal tahun 2016, ia sangat memudahkan beliau dari pelbagai aspek. PI1M tidak jauh dari kampung tempat tinggal beliau kira-kira 2km sahaja. Ia lebih menjimatkan, jika ada dokumen yang penting tertinggal pun beliau masih boleh mengambilnya dirumah. Internet yang baik di sana melancarkan segala proses mencari maklumat, mengisi kemasukan ke universiti dan sebagainya. Hamper setiap hari beliau datang ke PI1M Kg Meritam. Selain itu, bukan sahaja untuk mengakses internet beliau juga boleh terus mencetak segala dokumen yang penting, mencetak kertas kerja persekolahan beliau, mengimbas segala dokumen dan sebagainya. Ia amat mudah dan berguna.