CELIK IT – Muhammad Syahrizan

Kisah Kejayaan | December 12, 2017

BELAJAR ASAS KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE DAN LAIN-LAIN.

Nama   : Muhammad Syahrizan      

Umur   : 12 Tahun

Ahli      : 2016

 

Latar belakang

Sejak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Meritam dibuka pada Januari 2016 yang lalu, Muhammad Syahrizan selalu datang untuk melayari internet. Dia adalah salah seorang pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan Meritam. Muhammad Syahrizan aktif menghadiri latihan ICT yang diadakan di Pi1M Kg Meritam.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, Muhammad Syahrizan hanya tahu menggunakan komputer untuk melayari internet dan menonton video. Dia tidak pandai menggunakan perisian lain seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan juga Microsoft Publisher.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas aktif menghadiri latihan ICT yang diadakan di Pi1M Kg Meritam, Muhammad Syahrizan mula belajar kegunaan asas Microsoft word, power point dan publisher. Melalui latihan yang dijalankan, dia mula berani untuk menggunakan perisian tersebut dan adakala berlatih sendiri untuk mengasah pengetahuan yang ada.