mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Pn. Rossita Rena

USAHAWAN JUALAN ONLINE PRODUK KECANTIKAN

Nama         : Rossita Rena

Umur          : 30 Tahun

Ahli            : 2015

 

Latar Belakang

Puan Rossita berkerja sebagai Sale Assistant di Watson. Pada hari “offday” beliau akan ke PI1M Kg Meritam untuk mencari maklumat berkaitan produk kecantikan yang terbaru dan harga terkini produk.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada mulanya beliau berpendapat fungsi PI1M sama seperti cyber café yang lain. Setelah berkunjung ke PI1M, beliau mendapati PI1M berbeza daripada cyber café biasa dan lebih selesa. Beliau tertarik untuk berkunjung ke PI1M setelah mendapati cas dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M lebih memuaskan. Para petugas juga tidak keberatan untuk membantu beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Petugas banyak mengajar beliau cara mencari maklumat, membuat rekod produk seperti stok & senarai harga, serta membandingkan harga-harga produk jualan. Memandangkan beliau bekerja, dan hanya dapat berkunjung ke PI1M pada hari offday beliau meminjam Notebook daripada PI1M untuk merekod maklumat produk.

Beliau memanfaatkan ilmu yang diperolehi dari pembelajaran di PI1M dan menggunakan notebook sebaiknya untuk mengembangkan lagi perniagaan online beliau. Sebelum ini pembeli produk kecantikan yang beliau jual hanyalah di sekitar Limbang. Tetapi selepas belajar mempromosikan barangan secara atas talian, pengguna dari luar seperti Sabah, Miri dan Bintulu mula memesan barangan beliau.

 

1rsfds