NADI X MAHIR: JAHIT
Tarikh: 14 & 21.06.2025
Masa: 2:30 pm – 4:30 pm
Tempat: NADI Kg Maritam
Tujuan
Memberikan latihan dan kemahiran kepada peserta NADI yang berdaftar dalam kemahiran @ kelas Jahitan.
Aktiviti
1. Peserta akan menghadiri kelas @ kursus mahir Jahit secara atas talian (online) yang dibimbing oleh para pengajar yang berpengalaman.
2. Peserta akan menghadiri program mengikut hari dan masa yang mereka tetapkan sendiri.
Kelebihan Aktiviti
1. Peserta yang mengikuti kursus atau latihan Mahir Jahit akan diberikan kemudahan yang mencukupi oleh pihak NADI dan SSO yang bertanggungjawab dalam menjayakan kursus.
2. Peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang jahitan.
NADI X KESEDARAN: TAKLIMAT PERISIAN BERBAHAYA (KEMPEN INTERNET SELAMAT)
Tarikh: 09.06.2025
Masa: 2:30 pm – 4:30 pm
Tempat: NADI Kampung Maritam
Tujuan
Meningkatkan kesedaran kalangan pelajar sekolah dalam mengenalpasti perisian yang berbahaya.
Aktiviti
1. Peserta yang menghadiri taklimat pada hari tersebut akan diberikan taklimat oleh penceramah yang berpengalaman dalam bidang tersebut.
2. peserta akan menjalani taklimat tersebut secara atas talian @ online, dan disertakan nota rujukan kepada semua pesrta yang hadir.
3. Petugas akan membuat pemantuan dari segi masa ke semasa terhadap sebarang pegerakan atau komunikasi kesemua peserta.
Kelebihan Aktiviti
1. Peserta yang hadir pada hari tersebut mampu meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penggunaan laman sesawang dan memastikan penggunaan yang selamat.
2. Peserta yang menyertai akan lebih Peka dalam penggunaan internet.
NADI X DELIA: OPEN LIVE CLASS (BAHASA INGGERIS)
Tarikh: 13.06.2025
Masa: 3:30 pm – 4:30 pm
Tempat: NADI Kampung Maritam
Tujuan
Memberikan bimbingan kepada para pelajar yang menyertai open live class bahasa inggeris secara atas talian @ online.
Aktiviti
1. Pihak Delia akan memberikan slot kepada para peserta yang ingin mendaftar dalam open live class yang disediakan mengikut tarikh dan masa yang peserta ingin sertai.
2. Open live class ini lebih bertumpu kepada pengajaran bahasa inggeris dan lebih diutamakan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
3. Peserta akan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman secara atas talian @ online.
Kelebihan Aktiviti
1. Peserta yang hadir dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam penguasaan bahasa inggeris terutama dalam membina ayat dan melakarkan karangan.
2. Tenaga pengajar akan diberikan Nota secara percuma kepada semua peserta yang mengikuti kelas pada hari tersebut.
NADI X CYBERSECURITY: WEBINAR LINDUNGI IDENTITI DIGITAL ANDA & MEMAHAMI RISIKO DALAM PERMAINAN ONLINE
Tarikh: 13 & 20.06.2025
Masa: 3:30 pm – 4:30 pm
Tempat: NADI Kampung Maritam
Tujuan
Membantu kalangan masyarakat dan kalangan pelajar dalam mengenalpasti risiko permainan online dan melindungi data identiti kita dari dicerobohi.
Aktiviti
1. Peserta yang menghadiri program akan diberikan taklimat secara atas talian @ online yang disampaikan oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
2. Kehadiran peserta yang hadir pada hari tersebut akan direkodkan di dalam laman web cybersecurity yang telah disediakan.
Kelebihan Aktiviti
1. Membantu para peserta dalam mengenalpasti sumber-sumber yang boleh menjejaskan akuan peribadi digodam oleh pihak yang tidak dikenali.
2. Memastikan akuan digital peribadi dalam keadaan yang selamat, sebagai contoh diberikan kata laluan yang kuat.
NADI X DELIA: PROGRAM KHAS BERKALA MATEMATIK
Tarikh: 21.06.2025
Masa: 2:30 pm – 4:30 pm
Tempat: NADI Kampung Maritam
Tujuan
Memberikan bimbingan dan pengajaran kepada kalangan pelajar tingkatan 4 & 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Aktiviti
1.Pelajar yang menyertai program Khas Matematik berkala secara atas talian @ online. pelajar yang hadir akan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang matapelajaran Matematik.
2. Pelajar yang menghadiri program tersebut akan menyertai selama 2 jam dengan penuh pengisian yang berguna bagi membantu para pelajar dalam menjawab soalan nanti.
Kelebihan Aktiviti
1. Pelajar yang menyertai pada hari tersebut akan diberikan tip @langkah-langkah bagi menjawab soalan matematik terutama soalan yang berunsukan berfikir aras tinggi (KBAT).
2. Pelajar akan diberikan nota tambahan sebagai sumber rujukan semasa membuta ulangkaji di rumah @ di sekolah bersama rakan-rakan lain.
3. Tip yang diberikan oleh tenaga pengajar mampu membantu kalangan pelajar dalam membuat analisis soalan sebelum menjawab.
NADI X KOMUNITI MADANI
Tarikh: 21.06.2025
Masa: 11:00 am – 12:00 pm
Tempat: NADI Kampung Maritam
Tujuan
Memeberikan Taklimat berkenaan mencipta rakaman dan membiasakan dengan penggunaan teknologi gajet.
Aktiviti
1. Ahli Komuniti Madani diberikan Taklimat oleh petugas NADI berkenaan penggunaan teknologi dari segi membuat sebuat video pandek dengan menggunakan applikasi Cupcut dan cara membuat musik latar belakang dalam setiap video yang direka.
2. Sesi penerangan berkenaan keselamatan penggunaan internet seharian dari segi menggelakan daripada sebarang penyebaran maklumat palsu @ scammer yang disampaikan oleh Jabatan Penerangan Dareah Limbang.
3. Sesi bergambar dengan semua ahli Komuniti Madani dan diakhiri dengan santapan makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak NADI.
Kelebihan Aktiviti
1. Membantu ahli Komuniti Madani yang membuat perniagaan dalam talian @ bersemuka bagi membuat promosi terhadap barangan ynag dijual.
2. Menarik minat pembeli terhadap barangan tersebut menerusi paparan video pemasaran yang dibuat.
KELAS CANVA: PENYUNTINGAN SLIDE PEMBENTANGAN
Tarikh: 22.06.2025
Masa: 3:30 pm – 5:00 pm
Tempat: NADI Kampung Maritam
Tujuan
Membantu kalangan pelajar dalam membuat slide pembentangan menggunakan applikasi Canva
Aktiviti
1. Pelajar yang menghadiri kelas tersebut akan diberikan penerangan terlebih dahalu oleh pertugas NADI berkenaan format yang diperlukan dalam membuat sebarang slide pembentangan sekolah.
2. Pelajar membuat slide mengikut tajuk @ silibus yang telah diberikan oleh pihak sekolah dan hanya membuat rumusan ringkas dalam bentuk isi penting dan dimasukan dalam slide pembentangan.
3. Petugas juga menunjukan contoh lakaran slide yang pernah dilaksanakan oleh pelajar yang sebelumnya sebagai panduan.
Kelebihan Aktiviti
1. Meningkatkan Kemahiran kalangan pelajar dalam penguasaan bidang teknologi dan IT.
2. Memudahkan sistem Pembelajaran di sekolah dengan sesi pembentangan mengikut kreativiti dan kemahiran tersendiri dalam mereka sebuah slide.
3. Membantu kalangan pelajar mudah memahami bekenaan mata pelajaran tersebut.