NADI X MAHIR: BAIKI GAJET
Tarikh: 06.05.2025
Masa: 09:30 am – 11:00 am
Tempat: NADI Kg Maritam
Tujuan
Memberikan latihan dan tunjuk ajar dalam membaiki gajet secara percuma kepada ahli NADI.
Aktiviti
Peserta yang mengikuti kursus @ kelas pada bulan ini merupakan bulan terakhir bagi pesert bagi sesi yang pertama.
Kebaikan aktiviti
Peserta yang menyertai kursus @ kelas ini mampu membantu mereka meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dalam membaiki gajet dan mampu membina kedai membaiki gajet sebagai perniagaan tambahan.
NADI X MAHIR: JAHIT
Tarikh: 3,10,17 & 24.05.2025
Masa: 02:30 pm – 04:30 pm
Tempat: NADI Kg Maritam
Tujaan
Memberikan latihan kepada peserta yang menyertai kursus dalam bidang jahitan bagi peserta yang telah berdaftar sebagai ahli (NADI)
Aktiviti
Peserta akan menyertai kelas mengikut tarikh dan masa yang telah dipilih oleh peserta itu sendiri melalui atas talian (online) dengan bimbingan para pengajar yang berpengalaman.
Kelebihan Aktiviti
1. Peserta yang menyertai dapat meningkatkan kemahiran yang sedia ada.
2. Mempelajari pelbagai cara jahitan yang sebelumnya tidak pernah menggunakannya.
NADI X E-SUKAN: PERTANDINGAN (MLBB) PERINGKAT NEGERI SARAWAK
Tarikh: 3&4.05.2025
Masa: 02:00 pm – 05:00 pm
Tempat: NADI Patiambun
Tujuan
Memberikan kelas kesedaran dan pensijilan kepada semua peserta yang menghadiri dalam pertandingan MLBB di peringkat Negeri (Wilayah Sarawak)
Aktiviti
1. Peserta yang menyertai pertandingan MLBB akan berlawan dengan wakil NADI yang ada di Wilayah Sarawak bagi mencari wakil NADI Sarawak ke peringkat Kebangsaan.
2. Peserta yang akan membuat perlawanan dengan NADI lain secara offline merujuk (BO1)
3. Pasukan yang menang akan meneruskan perlawanan ke pusingan ke 2
Kelebihan Aktiviti
1. Memberikan kelas kesedaran dan pensijilan kepada semua peserta yang menyertai pertandingan MLBB peringkat Negeri.
2. Mampu mengeratkan hubungan silaturahim dengan pasukan lawan.
3. Memberikan nilai kerjasama dalam satu pasukan dan mendisiplinkan diri dalam mengatur strategi dan komunikasi.
NADI X SAFE AND SHIELD: LINDUNGI DATA PERIBADI (MAKLUMAT PERIBADI ASET BEHARGA)
Tarikh: 16.05.2025
Masa: 03:00 pm – 05:00 pm
Tempat: NADI Kg Maritam
Tujuan
Membantu kalangan pelajar sekolah dan komuniti dalam memastikan data peribada tidak dapat di akses oleh pihak yang tidak dikenali terutama di laman sosial.
Aktiviti
Peserta diberikan taklimat @ ceramah yang disampaikan oleh penceramah yang berpengalaman.
Kebaikan Aktiviti
1. Membantu kalangan pelajar tidak mudah terpengaruh @ terpedaya dengan hasutan atau percubaan para pengodam internet untuk perbualan di laman sosial.
2. Pihak penceramah memberitahu mengenai Applikasi yang berguna kepada semua peserta yang hadir bagi mengunakannya bagi mengenalpasto identiti pengirim mesej tersebut betul atau tidak.
3. Memastikan semua laman sosial peserta menggunakan kata kunci yang kuat dam selamat dari digodam.
NADI X WELLBEING: SARINGAN KESIHATAN
Tarikh: 24.05.2025
Masa: 09:00 am – 11:00 pm
Tempat: Pusat Sumber Kampung Batu Danau
Tujuan
Memberikan saringan kesihatan kepada komuniti yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan dalam program jiwa komuniti Madani sembang santai
Aktiviti
1. Komuniti yang hadir di program komuniti diberikan saringan kesihatan oleh petugas NADI.
2. Pemeriksaan lebih kepada 3 aspek iaitu membuat pemeriksaan tekanan darah, tekanan nadi dan kadar bacaan gula dalam badan mereka.
3. komuniti yang membuat saringan akan diberikan goodies oleh pihak NADI sebagai tanda penghargaan kepada mereka kerana berani membuat pemeriksaan kesihatan.
Kelebihan Aktiviti
1. Membantu kalangan komuniti dalam memastikan kesihatan diri sentiasa dijaga dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
2. Petugas NADI juga memberikan nasihat kepada komuniti agar membuat saringan kesihatan sekurangnnya setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur bagi memastikan kesihatan terjaga.
PROGRAM JIWA @ KOMUNITI MADANI SEMBANG SANTAI
Tarikh: 24.05.2025
Masa: 09:00 am – 11:00 am
Tempat: Pusat Sumber Kampung Batu Danau
Tujuan
Sembang santai Pihak JAPEN Limbang dan Komuniti Madani Kampung Batu Danau serta membangkitkan isu yang berbangkit.
Aktiviti
1. Ucapan pembukaan oleh Ketua Jabatan Penerangan Limbang berkenaan cara dalam membuat penyampaian ucapan rasmi dalam sebarang mensyuarat atau memberikan ucapan didepan di khalayak ramai.
2. Ucapan awam yang disampaikan oleh ketua kampung Batu Danau berkenaan sejarah penubuhan Komuniti Madani bagi Dun Batu Danau yang melibatkan beberapa kampung berdekatan.
3. penyampaian Plug cenderahati dari pihak NADI dan komuniti Madani kepada puan Linda yang akan berpindah ketempat baharu.
4. Pengedaran risalah daripada pihak Jabatan Penerangan Limbang, berkenaan agenda.
Kelebihan Aktiviti
1. Mengeratkan hubungan komuniti dari pelbagai kampung dan bangsa yang berdekatan.
2. Pihak Komuniti dapat membuat sebarang permohonan secara terus kepada pihak yang hadir seperti Pihak Jabatan NADI dan Pihak Jabatan Penerangan.
3. Pelbagai info baru yang akan mereka perolehi daripada program ini agar memudahkan mereka dalam sebarang urusan terutama dalam membuat sebarang urusan rasmi.