Laporan Jun – Snake & Ladder Klik Dengan Bijak
|
Tarikh : 22 Jun 2019 Masa : 9.30pagi – 11.30pagi Lokasi : Pusat Internet Kg Meritam Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Bermain sambil belajar.
Mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat.
Menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online).
Memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di dalam masyarakat.
Aktiviti
- Sebelum petugas memberikan penerangan, peserta diminta untuk menonton tayangan video Klik dengan Bijak.
- Petugas bertanyakan beberapa soalan kepada peserta untuk menguji kefahaman mereka tentang info yang telah diterangkan.
- Selepas itu, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan.
- Permainan snake & ladder dimulakan.
- Perserta akan ditanya dengan soalan-soalan KDB sekiranya buah dadu mereka singgah di petak tangga. Sekiranya peserta mampu menjawab soalan tersebut, mereka dibenarkan untuk naik tangga tersebut & diberi peluang untuk memilih hadiah goodies saguhati kecil. Sekiranya tidak boleh menjawab, mereka akan terus hilang giliran.
- Peserta dibenarkan mencari jawapan bagi soalan-soalan KDB tersebut di bahagian informasi Pusat Internet.
- Peserta yang pertama sampai ke petak TAMAT, dikira sebagai pemenang & diberikan hadiah.