MCMC: BAWAH 16 TAHUN? PAUSE DULU

Bawah 16 tahun? ‘Pause’ bukan bermaksud berhenti, ia satu langkah perlindungan.
Dalam dunia digital yang pantas, bukan semua kandungan dan interaksi direka untuk pengguna muda. Tanpa tahap kesiapsiagaan yang mencukupi, remaja berisiko terdedah kepada situasi yang sukar dikawal.
Pendekatan menetapkan had umur 16 tahun bertujuan untuk memastikan:

Tahap kematangan dan pertimbangan yang lebih baik

Keupayaan mengurus interaksi dalam talian dengan selamat

Kefahaman terhadap risiko dan tanggungjawab digital
Ini bukan tentang menyekat, tetapi menentukan masa yang sesuai agar pendedahan berlaku secara lebih terkawal dan selamat.

‘Pause’ hari ini, akses dengan lebih selamat esok.