
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jemputan untuk menyertai Webinar NADI x Cybersecurity bertarikh 4 Disember 2025 yang bertajuk Risiko Kamera Tersembunyi, Apa yang perlu anda tahu. Butiran lanjut adalah seperti dibawah:
Tarikh: 4 Disember 2025
Masa: (Khamis) 3:00 petang – 4:30 petang
Platform:Zoom
RISIKO KAMERA TERSEMBUNYI,APA YANG PERLU ANDA TAHU :
Dalam webinar “Risiko Kamera Tersembunyi”, peserta akan mempelajari apakah itu kamera tersembunyi, bagaimana ia disamarkan dalam persekitaran harian, serta risiko keselamatan dan privasi yang boleh timbul akibat penyalahgunaannya. Peserta juga akan memahami tanda-tanda kewujudan kamera tersembunyi, mempelajari teknik dan alat yang boleh digunakan untuk mengesannya, serta mengetahui langkah pencegahan yang boleh diambil untuk melindungi diri. Selain itu, peserta akan didedahkan kepada aspek undang-undang berkaitan penggunaan kamera tersembunyi dan tindakan yang wajar dilakukan sekiranya peranti tersebut ditemui.
sebarang pertanyaan @ penyertaan boleh hubungi di talian:
011-62748773 (NADI KAMPUNG MARITAM)
