
Pihak pengurusan NADI Kampung Maritam ingin memaklumkan kepada semua komuniti NADI Kampung Maritam bahawa satu saringan kesihatan akan diadakan pada:
Tarikh: Setiap Hari (KECUALI CUTI UMUM)
Masa: 8 PAGI – 5 PETANG
Tempat: NADI Kampung Maritam
Saringan ini bertujuan untuk memantau kesihatan umum penduduk dan memberikan rawatan awal terhadap sebarang isu kesihatan. Antara perkhidmatan yang akan disediakan termasuk:
– Pemeriksaan tekanan darah
– Pemeriksaan tahap gula dalam darah
– Pemeriksaan BMI (Indeks Jisim Badan)
Kami menggalakkan semua penduduk untuk mengambil peluang ini bagi memastikan tahap kesihatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
